Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Malaysia, Brunei kerjasama bawa pulang rakyat terkandas di luar negara

COVID-19: Malaysia, Brunei kerjasama bawa pulang rakyat terkandas di luar negara
Kamaruddin berkata, seramai 84 rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir telah pun dibawa pulang menaiki pesawat sewaan khas kerajaan Brunei. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Brunei Darussalam bekerjasama membawa rakyat kedua-dua negara itu yang terkandas pulang ke negara masing-masing, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Kamaruddin berkata, seramai 84 rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir telah pun dibawa pulang menaiki pesawat sewaan khas kerajaan Brunei.

Menurut beliau, pesawat tersebut berlepas dari Kaherah dan tiba di Bandar Seri Begawan pada jam 9.08 pagi Ahad bersama warganegara Brunei yang turut terkandas di negara tersebut.

Pada masa sama, kerajaan Malaysia turut membantu usaha kerajaan Brunei bagi membawa pulang kira-kira 134 rakyatnya yang terkandas di Malaysia.
"Mereka telah dibawa pulang melalui pesawat Malaysia Airlines yang berlepas ke Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan pada hari ini, 29 Mac 2020 jam 5:15 pagi tadi.

"Pesawat yang sama kemudiannya membawa 84 rakyat Malaysia yang baru tiba dari Mesir dan 25 rakyat Malaysia yang terkandas di Brunei untuk pulang ke Malaysia dan mereka telah selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 12:11 tengahari tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamaruddin juga berkata, beliau mewakili Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan rakyat Malaysia, merafak sembah menjunjung kasih kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah atas perkenan kebenaran 84 rakyat Malaysia pulang menaiki pesawat yang dihantar oleh kerajaan Brunei itu.

Jelas beliau usaha ini tidak dapat tanpa kerjasama erat dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam termasuk penglibatan beberapa pihak yang terlibat.


Tag: Malaysia, Brunei Darussalam, kerjasama, terkandas, Kuala Lumpur, Bandar Seri Begawan, Mesir, Kaherah, COVID-19, Malaysia Airlines, bawa pulang



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.