Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat satu lagi kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 106 kes.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Selasa, terdapat 30 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 6,383 kes.

Kata Dr Noor Hisham, tiada kes import yang direkodkan pada Selasa dan kes penularan tempatan adalah sebanyak 30 kes yang mana 21 kes dikesan daripada kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang melibatkan 24 bukan warganegara.

Pada masa yang sama, beliau berkata terdapat 83 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,567 kes yang bersamaan dengan 71.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID- 19 adalah 1,710 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, seramai 24 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 8 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian pada Selasa.


Beliau juga berkata, pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 106 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Perincian satu kes kematian setakat 5 Mei 2020 adalah seperti berikut :