awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia catat 3 kematian, 156 kes positif baharu

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
30/03/2020
09:05 MYT
COVID-19: Malaysia catat 3 kematian, 156 kes positif baharu
Setakat 12 tengah hari Isnin, terdapat 156 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 2,626 kes. - Gambar BERNAMA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat tiga lagi kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 37 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Isnin, terdapat 156 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 2,626 kes.
Katanya, sehingga kini, seramai 94 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 57 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Indonesia. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 pukul 4.00 petang.
"Kes kematian ke-36 (kes ke-1941) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 pukul 8.10 pagi.
"Kes kematian ke-37 (kes ke-2471) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 46 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun. Beliau telah dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 pukul 9.02 pagi,” katanya dalam sidang media harian di sini, pada Isnin. BACA SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU BERHUBUNG COVID-19
Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, terdapat peningkatan 70 hospital menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 di semua negeri berbanding 57 sebelum ini.
"Hospital merawat COVID-19 bertambah daripada 26 ke 38 buah, melalui kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan pihak hospital unversiti iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya.
"Tujuh daripada hospital tersebut merupakan hospital khusus untuk rawatan pesakit COVID-19. Justeru, bilangan katil untuk rawatan COVID-19 telah bertambah kepada 3,994 buah katil," ujarnya.
Jelas beliau, KKM juga sedang merancang menambahkan bilangan katil menerusi pengenalpastian dan pengubahsuaian Institusi Latihan KKM (ILKKM) untuk menjadi pusat kuarantin dan rawatan dengan jumlah katil sebanyak 1,937 buah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#ICU
#KKM
#koronavirus
#meninggal dunia
#Noor Hisham Abdullah
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan