Malaysia mencatatkan enam lagi kes kematian berkaitan COVID-19 setakat 31 Mac 2020.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, ia menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 43 kematian setakat ini.
"Sehingga 31 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 140 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,766 kes.
"Sehingga kini, seramai 94 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.04 petang.
Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau telah meninggal dunia pada 27 Mac 2020 di rumah beliau dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
BACA SEMUA YANG ANDA INGIN TAHU MENGENAI COVID-19
Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 1:03 petang.
Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah
dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.
Kes kematian ke-42 (kes ke-2628) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 7.09 pagi.
Kes kematian ke-43 (kes ke-2629) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30 petang.
Tambahnya, 58 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 537 kes (19.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," ujar beliau.
Astro Awani
Tue Mar 31 2020
Dr Noor Hisham menjelaskan, ia menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 43 kematian setakat ini. - Gambar fail
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Pemergian Tun Hanif kerugian buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammad Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Kompaun RM1.4 juta kesalahan merokok sepanjang Mac
KKM mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta pada Mac.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kerajaan Madani komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - Anwar
Kerajaan Madani komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah walaupun memahami situasi itu agak rumit untuk diselesaikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November - IATA
Permintaan kargo udara global melonjak 8.3 peratus pada November 2023 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala pertumbuhan permintaan untuk operasi antarabangsa berada pada 8.1 peratus.
MITA bangunkan kempen pemasaran disesuaikan ikut rantau
Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) akan membangunkan kempen pemasaran inovatif yang disesuaikan dengan setiap rantau untuk menyerlahkan tawaran unik Malaysia.
Sarawak peruntuk RM2 juta untuk Paxlovid - Abang Jo
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2 juta bagi pembelian pil antiviral Paxlovid susulan peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.