awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-15

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2020
06:29 MYT
COVID-19: Malaysia catat kematian ke-15
NOOR HISHAM: Lelaki itu mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020. - Gambar fail
Kes kematian akibat wabak COVID-19 kini meningkat ke angka-15 selepas seorang lelaki yang merupakan kes ke 1519 dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 5.35 pagi tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya memberitahu, lelaki usia 71 tahun berasal dari Melaka itu mempunyai kontak dengan kes 703 yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.
"Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020," katanya. SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik COVID-19 semakin cepat tersebar dengan lebih 300,000 kes dicatat kini.
Jangkitan yang pada mulanya mengambil masa 67 hari untuk mencapai 100,000 kes pertama cuma mengambil masa 11 hari untuk 100,000 seterusnya dan hanya empat hari untuk 100,000 kes selanjutnya.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus bagaimanapun berkata masih belum terlewat untuk dunia mengubah trajektori itu.
Dr Tedros turut meminta orang ramai agar tinggal di rumah dan mengikuti langkah-langkah penjarakan sosial sebagai usaha membendung virus itu.
Topic Berkaitan
#15
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#masjid
#meninggal dunia
#Muar
#positif
#sri petaling
#tabligh
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan