announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-21

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-21
Kes tersebut menjadikan jumlah kumulatif kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat satu lagi kematian berkaitan COVID-19 pagi ini.

Kes tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.

Perkembangan terbaru itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Facebook miliknya sebentar tadi.

"Lelaki itu merupakan kes ke-1,588, seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik. 

"Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling," kata Dr Noor Hisham. 



 

Mangsa mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, selepas disahkan positif pada 23 Mac.

Semasa dalam rawatan, kesihatan lelaki itu merosot dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 pagi ini, kata Dr Noor Hisham.