Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Malaysia hubungi Kemboja, perjelas kes penumpang kapal persiaran Westerdam

COVID-19: Malaysia hubungi Kemboja, perjelas kes penumpang kapal persiaran Westerdam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kiri) menghubungi rakan sejawatnya dari Kemboja, Prof Mam Bunheng menerusi telesidang hari ini. - Foto KKM
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia hari ini telah berhubung dengan dengan Kerajaan Kemboja susulan satu kes positif COVID-19 yang dikesan terhadap seorang penumpang kapal persiaran, MS Westerdam yang berlabuh di negara itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau menghubungi rakan sejawatnya dari Kemboja, Prof Mam Bunheng melalui telesidang bagi maklumkan kepada situasi terkini pesakit warganegara Amerika Syarikat tersebut.
Malah jelasnya, inisiatif itu juga bagi memperkukuhkan kerjasama di antara dua negara dalam usaha menangani kejadian jangkitan COVID-19.

“Pada telesidang tersebut, saya telah maklumkan kepada beliau bahawa pesakit warganegara Amerika Syarikat tersebut menunjukkan tahap kesihatan yang semakin baik.
“Saya turut memaklumkan bahawa ujian pengesahan COVID-19 ulangan telah dijalankan mengikut tatacara yang telah ditetapkan dan didapati masih positif.

“Saya dan Menteri Kesihatan Kemboja berharap keadaan kesihatan pesakit berkenaan bertambah baik,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, KKM akan terus bekerjasama secara rapat dengan semua negara yang terlibat dan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam pengurusan kes COVID-19 dan penyelarasan maklumat bagi menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat.

[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa satu kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini.


Kes ke-9 itu melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun, yang sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

“Beliau juga merupakan warganegara Malaysia pertama yang disahkan positif jangkitan COVID-19.

“Sehubungan itu, KKM juga ingin memaklumkan bahawa tiada kes baru dilaporkan pada hari ini, 17 Februari 2020,” katanya.

Ia sekaligus menjadfikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan sehingga hari ini kekal sebanyak 22 kes dimana hanya 13 kes yang masih dirawat di wad.



Tag: COVID-19, COVID, Coronavirus, koronavirus, KKM, kesihatan, Kemboja, kapal persiaran Westerdam



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.