Malaysia menyekat sementara kemasukan semua pelawat dari Korea Selatan termasuk warganegara asing yang pernah berada di bandar Daegu dan daerah Cheongdo dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di negara ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam kenyataan pada Jumaat, memaklumkan sekatan itu turut meliputi pelawat yang melakukan transit melalui Malaysia.
Menurut kenyataan itu, warganegara Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas (pas lawatan sosial jangka panjang dan pas pelajar) yang pernah berada di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan ke Malaysia juga perlu menjalani saringan kesihatan oleh KKM.
"Bagi meningkatkan kawalan di pintu masuk antarabangsa negara, Jabatan Imigresen akan turut menyediakan kaunter khas untuk pelawat dari Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran," katanya.
Sekatan berkuat kuasa serta-merta itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster COVID-19 Bersama Pelbagai Agensi yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ia turut melibatkan KKM, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Kementerian Luar Negeri dan agensi lain yang berkaitan.
Bernama
Fri Feb 28 2020
KKM memaklumkan sekatan itu turut meliputi pelawat yang melakukan transit melalui Malaysia. - Gambar hiasan
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
COVID-19: Rakyat Malaysia antara kes positif terkini di Singapura
Kes ke-100 adalah seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 20 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini serta ke daerah Cheongdo dan bandar Daegu di Korea Selatan.
Singapura sahkan tiga lagi kes positif COVID-19
Singapura hari ini melaporkan tiga lagi kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kes positif di republik itu kepada 96 orang.
Korea Selatan catat 229 kes baharu, kematian kedua akibat COVID-19
Korea Selatan merekodkan 229 lagi kes positif jangkitan wabak COVID-19, menjadikan jumlah semasa jangkitan di negara itu kepada 433.