Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: MKN keluar SOP lebih tegas untuk kawal pergerakan mereka yang degil

COVID-19: MKN keluar SOP lebih tegas untuk kawal pergerakan mereka yang degil
Masih ada mengambil PKP secara lewa menyukarkan pihak berkuasa mengawal secara total penularan wabak COVID-19 di negara ini.
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu, khususnya dalam meningkatkan lagi tahap ketegasan pihak berkuasa untuk mengawal pergerakan masyarakat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, langkah itu perlu dibuat memandangkan masih ada segelintir rakyat yang mengambil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara lewa, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengawal secara total penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Menurut beliau, SOP baharu yang dijangka diumumkan pada Sabtu ini akan memberi kuasa untuk lebih banyak sekatan dilakukan, terutamanya di kawasan tumpuan ramai seperti pasar, pasar raya,dan padang awam.

“Pada fasa pertama, walau ada sekatan pergerakan, tapi banyak perkara (sebelum ini) dibenarkan, ada pengecualian. Jadi MKN telah diminta untuk memperkenalkan atau mengeluarkan SOP baru yang mana peraturannya akan jadi lebih tegas dari sekarang.
“Jadi selepas ini akan ada lebih banyak sekatan, sama ada pembelian, beli-belah, beli makanan yang saya pun belum boleh umumkan lagi. Kerana MKN akan keluarkan dengan SOP yang lebih tegas, bagi memastikan langkah yang kita perkenalkan ini berjaya untuk sekat penularan COVID-19,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada sidang media harian mengenai langkah kerajaan dalam usaha mengekang wabak COVID-19 di negara ini.

Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Jawatan Kuasa Khas Keselamatan malam ini bagi mendapatkan pandangan beberapa pihak penting terutamanya Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, dan Ketua Pengarah MKN berkenaan SOP baharu itu.


Tag: Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan, Kluster Pertahanan, COVID-19, keselamatan, SOP, Majlis Keselamatan Negara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.