Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: NSC Thailand cadang lanjutkan perintah darurat sebulan lagi

COVID-19: NSC Thailand cadang lanjutkan perintah darurat sebulan lagi
Setiausaha Agung NSC Jen Somsak Rungsita berkata langkah itu perlu untuk menghalang gelombang kedua wabak berkenaan di Thailand. - Gambar fail
BANGKOK: Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) hari ini mencadangkan untuk melanjutkan tempoh perintah darurat sehingga 30 Jun untuk mengekang pandemik COVID-19 secara berkesan di negara itu.

Ketika Thailand terus mencatatkan bilangan yang rendah bagi kes baharu COVID-19, Setiausaha Agung NSC Jen Somsak Rungsita berkata langkah itu perlu untuk menghalang gelombang kedua wabak berkenaan di Thailand yang merekodkan 3,307 kes COVID-19 dengan 56 kematian, sejak penularan wabak maut itu pada Januari.
Somsak yang mempengerusikan mesyuarat mengenai pelonggaran sekatan dan langkah-langkah COVID-19 berkata jawatankuasa itu mencadangkan untuk melanjutkan perintah darurat yang akan berakhir pada 31 Mei sehingga sebulan lagi.

"Situasi COVID-19 di Thailand telah bertambah baik bagaimanapun keadaan di seluruh dunia masih membimbangkan kerana bilangan kes yang disahkan terus meningkat.
"Untuk menghalang gelombang kedua penularan pandemik COVID-19, fasa ketiga dan keempat pelonggaran sekatan dan langkah-langkah pada Jun akan lebih baik membendung wabak itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.


Tag: thailand, jangkitan, covid-19, gelombang kedua, perintah darurat



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.