Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan baru-baru ini akan dapat meringankan beban rakyat dan perniagaan, terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menangani impak akibat penularan COVID-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata peruntukan sebanyak RM600 juta bagi perkhidmatan internet secara percuma misalnya dapat membantu industri telekomunikasi dan multimedia secara menyeluruh.
Malah, peruntukan tambahan RM400 juta bagi meningkatkan liputan rangkaian dan kapasiti untuk mengekalkan aspek kebolehsediaan dan kualiti jaringan telekomunikasi dan multimedia yang pastinya membantu pembangunan sektor ekonomi digital negara ini.
"Ini berdasarkan kepada jangkaan bahawa ekonomi digital ini akan terus menjadi antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan.
Pakej PRIHATIN berjumlah RM250 bilion itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lepas dan bertujuan melindungi kesejahteraan rakyat selain menyokong perniagaan termasuk PKS bagi menangani impak COVID-19.
Menurut Saifuddin, PRIHATIN itu juga seiring dengan gesaan kementerian supaya kalangan perusahaan mikro dan PKS beralih kepada platform digital untuk memastikan kelangsungan perniagaan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berkata teras ketiga yang membabitkan agihan geran bernilai RM500 juta di bawah Skim Mikro-Kredit bagi membantu usahawan terbabit termasuk peniaga dalam talian dan industri kreatif, akan melonjakkan lagi pertumbuhan kedua-dua bidang tumpuan MDEC itu.
Beliau turut mengalu-alukan bantuan sekali RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing membabitkan peruntukan RM60 juta yang disifatkan turut meningkatkan peluang untuk pekerja ekonomi 'gig' yang mana pendapatam mereka turut terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 30 2020
Menurut Saifuddin, PRIHATIN itu juga seiring dengan gesaan kementerian supaya kalangan perusahaan mikro dan PKS beralih kepada platform digital. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.