awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PBT, Bomba akan mulakan proses pembersihan, nyahcemar di kawasan merah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
26/03/2020
06:37 MYT
COVID-19: PBT, Bomba akan mulakan proses pembersihan, nyahcemar di kawasan merah
Tanggungjawab pembersihan dan nyahcemar di premis awam akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kerajaan akan mula melakukan proses pembersihan dan nyahcemar di premis awam yang terletak di kawasan berisiko tinggi dan dikategorikan sebagai ‘merah’, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam sidang media harian COVID-19 hari ini, beliau berkata, tanggungjawab proses itu akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di kawasan yang disenaraikan.
“Kita membuat keputusan hari ini bahawa, proses pembersihan dan pencucian nyahcemar, ataupun sanitization, disinfection akan dilaksanakan PBT dan Bomba, dan mungkin jika diperlukan ATM akan terlibat dalam membersihkan kawasan premis awam, terutamanya di kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan merah,” katanya lagi.
Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan berkata, antara premis awam yang dikenalpasti adalah seperti pasar awam, masjid dan sebagainya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu berkata, anggota penguatkuasa yang membuat sekatan jalan raya akan dibekalkan termometer bagi memudahkan mereka membuat proses pengesanan suhu rakyat yang bergerak dalam kenderaan masing-masing.
Beliau berkata, proses perolehan itu akan diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dan akan diagihkan kepada anggota polis, tentera, dan petugas agensi berkaitan sejurus peralatan itu diperolehi.
Selain itu, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa anggota penguatkuasa telah diberi arahan untuk memudahkan laluan kenderaan yang membawa bekalan bahan mentah dan makanan.
“Ketua Polis Negara (Tan Sri Abdul Hamid Bador) telah memberi jaminan bahawa, kenderaan ini akan diberi laluan mudah, tak ada sekatan kepada kenderaan yang membawa bahan mentah, bahan makanan, sayur dan sebagainya.
“Sebab itu beberapa fitnah, kononnya di Cameron Highlands tak boleh bawa keluar sayur, adalah tidak benar kerana laluan mudah diberikan kepada kenderaan yang membawa makanan,” tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#kluster keselamatan
#Media
#Menteri Kanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan