awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Penduduk Sabah diminta patuhi SOP Aidilfitri - Shafie Apdal

Bernama
Bernama
23/05/2020
20:04 MYT
COVID-19: Penduduk Sabah diminta patuhi SOP Aidilfitri - Shafie Apdal
Shafie Apdal meminta rakyat Sabah mematuhi SOP ditetapkan MKN. -Gambar fail
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta penduduk negeri ini supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara sepanjang sambutan Aidilfitri bagi memastikan diri dan keluarga masing-masing terhindar daripada jangkitan COVID-19.
Beliau berkata SOP ditetapkan kerajaan bukanlah bertujuan menyekat atau tidak memberi kebebasan kepada semua masyarakat apatah lagi sewaktu musim perayaan, namun menyedari ancaman wabak ketika ini, maka langkah pencegahan perlu diambil untuk keselamatan dan kesihatan bersama.
"Antara langkah diambil ketika musim perayaan termasuk mengehadkan bilangan ahli keluarga dalam sebuah rumah, larangan kunjung-mengunjung dan balik kampung. Ini adalah sebagai langkah keselamatan bagi mengelak wabak ini daripada terus berjangkit.
"Adalah menjadi tanggungjawab kita sama ada di pihak kerajaan mahupun rakyat untuk memainkan peranan masing-masing bagi bersama-sama mengawal penularan COVID-19," katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri 2020 di sini pada Sabtu.
Mohd Shafie berkata sambutan Hari Raya pada tahun ini agak berbeza susulan ia diraikan dalam keadaan negara berhadapan pandemik, dan wabak ini bukan hanya melumpuhkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga menjejaskan kehidupan masyarakat di seluruh dunia.
Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata Kerajaan Negeri Sabah mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah menyokong segala usaha kerajaan dalam membendung wabak ini daripada terus merebak.
"Saya juga ingin memohon kemaafan sekiranya langkah-langkah yang kita laksanakan telah sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan rakyat di Sabah. Semua ini dilakukan dengan niat dan tujuan baik (iaitu) bagi menghindari COVID-19 sekali gus menyelamatkan nyawa manusia di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#ekonomi
#hari raya
#keselamatan
#kesihatan
#Ketua Menteri
#Mohd Shafie Apdal
#operasi
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan