awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pengawal keselamatan warga asing wajib buat ujian saringan

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
08/05/2020
07:20 MYT
COVID-19: Pengawal keselamatan warga asing wajib buat ujian saringan
Berdasarkan perbincangan, kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan semua pengawal keselamatan warga asing membuat ujiran saringan kesihatan. - Gambar hiasan
Kerajaan hari ini memutuskan agar semua pengawal keselamatan warga asing diwajibkan untuk membuat saringan ujian kesihatan jangkitan COVID-19.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, saringan berkenaan perlu dilakukan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu membabitkan kumpulan tersebut.
Beliau berkata, kerajaan juga telah mengarahkan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengeluarkan surat rasmi berhubung perkara itu.
"Berdasarkan perbincangan semua pihak, kerajaan telah membuat keputusan untuk mewajibkan semua pengawal keselamatan warga asing membuat ujiran saringan kesihatan.
"Ini kerana mereka mempunyai hubungan kontak yang begitu ramai terutamanya mereka yang menjaga pusat beli-belah termasuk mengambil suhu badan dan sebagainya," katanya dalam sidang media harian pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkata, KKM telah mengesan satu lagi kluster baharu melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri menambah, KKM telah mengambil tindakan berhubung kluster itu dengan mengasingkan semua pengawal keselamatan yang didapati positif COVID-19 untuk dirawat.
"Selain itu, KKM masih mengesan kontak yang terlibat dengan kluster ini untuk melakukan ujian saringan agar ianya tidak terus menular.
"Namun, keputusan untuk menutup pusat beli-belah itu masih belum dibuat dan jika KKM berpandangan ianya patut ditutup, kita akan tutup," katanya.
Topic Berkaitan
#Cheras
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ismail sabri yaakob
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Media
#menteri
#Noor Hisham Abdullah
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan