Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Pengorbanan masyarakat Dayak raikan Hari Gawai normal baharu

COVID-19: Pengorbanan masyarakat Dayak raikan Hari Gawai normal baharu
Halimah mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan tersebut. - Gambar Kementerian Perpaduan Negara.
PUTRAJAYA: Biarpun amalan budaya yang berbeza dan tinggal berjauhan, namun sambutan Hari Gawai tetap diraikan seluruh masyarakat di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dalam kenyataan berkata, ia sebagai tanda menghormati tradisi yang dipelihara sejak turun-temurun.

"Walaupun, sambutan Hari Gawai kali ini agak sederhana mengikut tatacara kawalan pergerakan bersyarat dan mereka yang jauh tidak dapat pulang meraikan sebagai pengorbanan untuk memutuskan rantaian COVID-19.

"Sambutan Hari Gawai tetap diraikan dalam kalangan masyarakat berbilang budaya di negara ini sebagai tanda hormat-menghormati dan usaha penyatuan nasional," katanya pada Ahad.
Kenyataan media Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique sempena Hari Gawai.


Dalam kenyataan sama, Halimah turut mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan tersebut.
"Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua. Kekal bersatu, kekal selamat dan kekal di rumah," katanya.