Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Pengurusan sisa klinikal masih terkawal - Dr Noor Hisham

COVID-19: Pengurusan sisa klinikal masih terkawal - Dr Noor Hisham
Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan pembuangan sisa klinikal meningkat kepada 27 peratus pada Mac berbanding 17 peratus pada Februari. - Gambar REUTERS
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pertambahan pembuangan sisa klinikal susulan pandemik COVID-19 masih terkawal di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, proses tersebut dijalankan oleh pihak pengurusan sokongan di KKM berdasarkan garis panduan yang sedia ada.

“Jadi mungkin dalam pengumpulan atau pertambahan sisa klinikal ini pada musim cuti mungkin kurang sikit pekerja mereka, tetapi saya rasa perkara ini adalah perkara biasa.

“Mereka boleh laksanakan sisa klinikal itu dengan baik dan setakat ini kita tidak ada masalah pun dari segi pengurusan sisa klinikal,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan pembuangan sisa klinikal meningkat kepada 27 peratus pada Mac berbanding 17 peratus pada Februari.

Peratusan itu juga lebih tinggi berbanding purata tahun sebelumnya, dengan pembuangan sisa terbabit meliputi sarung tangan, penutup mulut dan hidung serta pakaian daripada pusat kesihatan dan klinik, meningkat susulan wabak berkenaan.


Tag: Noor Hisham Abdullah, Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan, Media, KKM, koronavirus, kesihatan, sisa klinikal, COVID-19, coronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.