awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac - PM

Isabelle Leong
Isabelle Leong
16/03/2020
14:17 MYT
COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perintah kawalan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. - gambar fail
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini, 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perintah kawalan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
“Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.
“Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 pada Isnin malam.
BACA: Ucapan penuh: Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai COVID-19
Beliau berkata, tindakan ini mesti diambul kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.
“Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing.
“Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai.
“Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa,” tambahnya.
Perintak Kawalan Pergerakkan
Infografik - Perintah Kawalan Pergerakkan
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan