awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perpustakaan Negara tawar 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2020
08:22 MYT
COVID-19: Perpustakaan Negara tawar 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma
Menerusi akaun Instagram rasminya, PNM memaklumkan rakyat Malaysia boleh mengakses 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma di www.u-pustaka.gov.my. - Gambar Instagram PNM
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan kempen 'Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku' ketika seluruh rakyat diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan sejak tengah malam tadi.
Menerusi akaun Instagram rasminya, PNM memaklumkan rakyat Malaysia boleh mengakses 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma di www.u-pustaka.gov.my.
Sebagai langkah keselamatan berikutan penularan wabak COVID-19, PNM memaklumkan pihaknya menghentikan semua perkhidmatan perpustakaan negara, komuniti dan desa sehingga 30 April.
Selain itu semua program dan aktiviti yang dijalankan oleh PNM pada bulan Mac turut ditangguhkan sehingga 30 April.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula hari ini sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan COVID-19.
Perintah Kawalan Pergerakan berkenaan dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Perintah itu meliputi enam perkara termasuk penutupan sekolah, premis swasta, institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.
Topic Berkaitan
#14 hari
#Buku
#COVID-19
#digital
#Muhyiddin Yassin
#perintah kawalan pergerakan
#Perpustakaan Negara Malaysia
#PNM
#Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan