Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh membuat laporan polis jika mendapati individu yang dirawat menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata antara maklumat penting yang dimaksudkan ialah perjalanan ke negara berisiko tinggi jangkitan COVID-19, mempunyai pertalian dengan anggota perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur atau menyertai perhimpunan berkenaan.
“Menyembunyikan maklumat ialah satu kesalahan kerana ia akan menyebabkan petugas kesihatan berisiko dijangkiti COVID-19.
“Misalnya, seorang pesakit mendedahkan hubungannya dengan seorang pesakit tabligh (yang mempunyai gejala) pada peringkat kemudian sahaja. Wad terpaksa ditutup, petugas hospital perlu menjalani saringan dan dikuarantin selama 14 hari,” katanya pada taklimat harian media mengenai COVID-19 di kementeriannya, di sini, hari ini.
Mengenai pesakit bukan COVID-19 yang perlu menjalani rawatan di hospital sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac hingga 31 Mac, Dr Noor Hisham berkata, kad temujanji sudah memadai sebagai bukti kepada pihak polis bahawa mereka perlu ke hospital.
Katanya, KKM kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bagi memastikan golongan pelarian dan pencari suaka turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan COVID-19 yang dilaksanakan kerajaan.
Beliau berkata, kerjasama ini turut bertujuan mengesan masyarakat Rohingya yang didakwa menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling dari 28 Feb hingga 1 Mac lalu.
Berhubung isu kebajikan golongan gelandangan sepanjang PKP dilaksanakan, Dr Noor Hisham berkata satu tempat khas telah dikenal pasti untuk golongan tersebut dan ia akan diumumkan kemudian.
Katanya, penempatan golongan gelandangan adalah hasil perbincangan KKM dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Perkara ini telah dibincangkan, kita dapati ada lebih kurang 500 gelandangan di Kuala Lumpur. KKM juga akan membuat saringan kesihatan kepada golongan ini,” katanya.
BERNAMA
Bernama
Sat Mar 21 2020
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh membuat laporan polis jika mendapati individu yang dirawat menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan COVID-19. - Astro AWANI/ Shahir Omar
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.