awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
Hutan di kaki Bukit Bendera dan tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PKPD Hulu Langat tamat hari ini, Masjid India jadi PKPD ke-5

Firdaus Azil
Firdaus Azil
14/04/2020
06:38 MYT
COVID-19: PKPD Hulu Langat tamat hari ini, Masjid India jadi PKPD ke-5
Keputusan mewartakan Masjid India dan kawasan di sekitarnya sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan, kata Ismail Sabri. Gambar fail
Kerajaan hari ini memutuskan Masjid India dan kawasan di sekitarnya diwartakan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula hari ini hingga 28 April ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia ekoran peningkatan kes positif COVID-19 di kawasan itu.
Beliau berkata, standard operasi prosedur (SOP) untuk PKPD Masjid India adalah sama dengan yang telah digunapakai pada empat PKPD sebelum ini.
“PKPD Masjid India melibatkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.
“Semua penghuni kawasan yang terbabit diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.
Untuk rekod, ia merupakan PKPD ke lima selepas PKPD Hulu Langat, PKPD Simpang Renggam, PKPD Menara City One, dan PKPD Bangunan Selangor Mansion dan Bangunan Malayan Mansion.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bera itu berkata, tempoh PKPD untuk PKPD Hulu Langat telah ditamatkan hari ini, namun ia tidak termasuk dua kawasan yang dikenal pasti iaitu Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah, serta sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui.
Selain itu, katanya lagi, tempoh PKPD yang lain akan berterusan sehingga 28 April ini ekoran peningkatan kes positif di kalangan penduduk di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#kluster keselamatan
#Menteri Kanan
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
#PKPD Hulu Langat
#PKPD Masjid India
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan