awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk
Rusia serang pelabuhan Laut Hitam Ukraine, dua kapal dagang turut jadi sasaran
Bangladesh kenang Khaleda Zia sebagai pejuang bersemangat waja, pelindung negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Projek pembesaran LTAPP mungkin ditangguh - Chow

Bernama
Bernama
29/05/2020
01:38 MYT
COVID-19: Projek pembesaran LTAPP mungkin ditangguh - Chow
Chow berkata pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkaitan berkenaan status projek itu. - Gambar BERNAMA
Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang dijadual bermula pada Jun ini berkemungkinan ditangguh susulan penularan pandemik COVID-19.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak berkaitan berkenaan status projek itu.
"Walaupun projek menaik taraf LTAPP telah mendapat kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), tetapi kini bukan masa yang sesuai untuk memulakan projek ini memandangkan keadaan tidak menentu lagi. Kalau penularan COVID-19 masih berlarutan, lapangan terbang ini masih tidak akan dapat digunakan dengan sebaiknya.
"Justeru, pihak pengurusan perlu membuat pertimbangan sama ada pembesaran LTAPP akan membawa manfaat atau sebaliknya. Kerajaan negeri dimaklumkan bahawa keputusan jelas mengenai perkara berkaitan mungkin ditentukan dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun dari sekarang," katanya menerusi hantaran di Facebook peribadinya, di sini, malam tadi.
Terdahulu, Chow mengetuai rombongan kerajaan negeri mengadakan lawatan ke LTAPP di Bayan Lepas, dekat sini bagi meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berhubung COVID-19 di lapangan terbang itu.
Chow berkata penularan COVID-19 juga telah 'membelakangkan' pencapaian terutamanya melibatkan sasaran jumlah penumpang di LTAPP yang sepatutnya menyaksikan kira-kira 8.5 juta penumpang pada tahun ini.
"Jadi, amat ketara penerbangan dan pelancongan adalah sektor yang amat terkesan dengan COVID-19. Kegiatan pelancongan, peruncitan dan sebagainya turut terjejas oleh kerana penerbangan dihentikan dan sekatan penerbangan yang dikenakan bukan sahaja di Malaysia malah hampir di seluruh dunia.
"Saya berharap semua pihak termasuk kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemain industri dapat menghadapi cabaran ini bersama-sama. Walau apa pun, kita perlu bertahan sehingga keadaan pulih dengan sepenuhnya," tambah beliau.
Projek pembesaran LTAPP yang dianggar bernilai RM800 juta itu telah diluluskan MBPP semasa mesyuarat akhir Unit Pusat Setempat (OSC) pada 3 Disember tahun lepas dan sepatutnya dilaksanakan secara berperingkat melibatkan empat fasa yang terdiri daripada lima pakej pembinaan.
Projek itu membolehkan LTAPP menampung sehingga 12 juta penumpang berbanding kapasiti semasa iaitu 6.5 juta penumpang ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#kerajaan
#Ketua Menteri
#LTAPP
#MAHB
#Malaysia
#menteri
#operasi
#pelancongan
#penerbangan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan