awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PPS di Segamat ditutup, banjir Johor pulih sepenuhnya
Siasatan tender perolehan Tentera Darat: Pegawai kanan dilapor telah keluar hospital
Yontama dilantik Penjaga Stesen Kishi baharu, kucing ketiga selepas Tama dan Nitama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Risiko penularan jangkitan di PPS banjir - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
15/07/2020
11:27 MYT
COVID-19: Risiko penularan jangkitan di PPS banjir - KP Kesihatan
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan negara sedang mengalami cuaca lembap dari semasa ke semasa dan dijangka berterusan sehingga hujung Julai. -Gambar fail
Keadaan penghuni yang ramai di pusat penempatan sementara (PPS) berikutan bencana banjir boleh membawa risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan mangsa dan petugas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, sebanyak 18 PPS telah dibuka di tujuh daerah dan menempatkan seramai 1,267 mangsa daripada 303 keluarga.
"Justeru itu, langkah-langkah pencegahan COVID-19 di PPS perlu diamalkan dan diberi perhatian oleh semua penghuni dan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan serta kebajikan mangsa di PPS.
"Amalan seperti penjarakan sosial yang selamat, mencuci tangan dengan air dan sabun, etika batuk dan bersin perlu diamalkan sepanjang masa.
"Penghuni dan petugas juga dinasihatkan supaya mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat sepanjang masa di PPS," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah menyatakan negara sedang mengalami cuaca lembap dari semasa ke semasa dan dijangka berterusan sehingga hujung Julai ini, dengan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan di Johor, Pahang, Selangor dan Melaka, menyebabkan PPS dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di kawasan terjejas.
Topic Berkaitan
#banjir
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#jangkitan
#mangsa banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan