awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: RM600juta beli peralatan perubatan, lantik kakitangan KKM baharu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/03/2020
05:50 MYT
COVID-19: RM600juta beli peralatan perubatan, lantik kakitangan KKM baharu
Keputusan itu dicapai Majlis Tindakan Ekonomi selepas melihat keperluan mendesak akyat dalam menangani impak COVID. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan diberi peruntukan tambahan RM500 juta bagi membiayai pembelian peralatan perubatan, dalam usaha menangani impak wabak COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Perdana Menteri, selain itu, kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan RM100 juta khusus untuk pelantikan 2,000 kakitangan baharu KKM secara kontrak.
“Peruntukan (RM500 juta) ini antara lainnya akan digunakan untuk membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan ICU (unit rawatan rapi), peralatan perlindungan diri (PPE) tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam serta keperluan makmal untuk saringan COVID-19.
“Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal, kerajaan telah meluluskan tatacara perolehan secara darurat,” katanya dalam sidang media khas di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Keputusan itu dicapai selepas beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) hari ini, khusus untuk membincangkan keperluan mendesak dalam membantu rakyat menangani impak COVID-19.
BACA SEMUA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI COVID-19
Berkenaan peruntukan khas untuk kakitangan baharu itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sedar jururawat dan kakitangan hospital amat keletihan terpaksa bekerja siang dan malam untuk membuat saringan kes COVID-19 dan merawat mereka yang disahkan positif.
“Saya berharap pengambilan kakitangan baharu ini dapat dibuat dengan segera 5 supaya semua hospital di negara kita mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk menangani penularan wabak COVID 19,” tambah Muhyiddin lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#perubatan
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan