Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Sarawak catat satu lagi kematian, 23 kes positif

COVID-19: Sarawak catat satu lagi kematian, 23 kes positif
Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang medianya maklumkan syarat-syarat pergerakan di Sarawak akan diperketat - Foto Astro AWANI
KUCHING: Sarawak merekodkan satu kes kematian akibat COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini meningkat kepada sembilan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media di sini, pada Khamis.

Uggah juga memaklumkan jumlah kes positif COVID-19 pada Khamis menyaksikan pertambahan 23 kes menjadikan jumlah keseluruhan kepada 211 kes.

Statistik terkini kes COVID-19 yang dikeluarkan JPBN Sarawak jam 5.00 petang Khamis
Pada sidang media itu, Uggah turut menjelaskan bahawa syarat-syarat pergerakan di negeri itu diperketatkan.

Katanya, ia merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit: Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Seksyen 4 (1).
"Menerusi akta itu, terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi di mana jika seseorang bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi tujuan tertentu.

“Isu ini kami sudah dibincangkan dan hari ini kita ambil keputusan bahawa pergerakan pembelian makanan, keperluan harian, ubat , hendaklah di dalam radius yang tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman mereka," katanya.

Akta sama turut terpakai bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan atau perubatan.

Bagaimanapun syarat ini dilonggarkan di kawasan luar bandar dan kebenaran hendaklah diperolehi di balai polis yang berdekatan.

“Ini kerana seperti contoh di kawasan rumah panjang, adalah mustahil untuk mendapatkan klinik dan kemudahan lain dalam jarak 10 kilometer maka kelonggaran ini perlu,” tambahnya.




Tag: COVID-19, Sarawak, Kuching, Hospital Umum Sarawak, PKP, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, luar bandar, pedalaman



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.