Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Satu kes baharu Kluster Bukit Bintang

COVID-19: Satu kes baharu Kluster Bukit Bintang
Kes positif baharu tersebut telah dikesan hasil saringan ulangan dalam tempoh mereka di pusat kuarantin. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan satu kes bagi 'Kluster Bukit Bintang' di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tersebut kini menjangkiti 11 kes melibatkan 10 warganegara Bangladesh dan satu warganegara Malaysia.
"Setakat ini, seramai 304 orang telah disaring, di mana 204 orang adalah bukan warganegara dan 100 adalah warganegara Malaysia. Daripada jumlah ini, 293 orang adalah negatif COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes positif baharu tersebut telah dikesan hasil saringan ulangan dalam tempoh mereka di pusat kuarantin.
Ujarnya, kesemua mereka masih diasingkan di pusat kuarantin, manakala kes positif COVID-19 dimasukkan ke hospital.

Justeru, jelasnya ia tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat.


Tag: Noor Hisham Abdullah, Dr Noor Hisham Abdullah, Hospital, Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan, Bukit Bintang, Bangladesh, kes positif, koronavirus, KKM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.