Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Satu lagi kluster baharu babit warga asing dikesan

COVID-19: Satu lagi kluster baharu babit warga asing dikesan
Dr Noor Hisham berkata, KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan di semua depot tahanan secara berjadual.
PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, setakat ini, daripada 645 sampel yang diambil, 35 daripadanya positif COVID-19.

"Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 645 orang telah diambil sampel dengan 35 kes positif COVID-19 dikesan membabitkan kalangan mereka.

"Selain itu, 400 sampel disahkan negatif COVID-19 dan 210 sampel masih menunggu keputusan," katanya dalam sidang media harian di sini pada Khamis.
Kesemua 35 kes positif tersebut melibatkan bukan warganegara Malaysia, iaitu 17 warga Myanmar, India (15) dan masing-masing seorang dari Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan di semua depot tahanan secara berjadual.
"Pelbagai perkhidmatan yang telah diberi seperti rawatan penyakit ringan, rawatan awal kecemasan, pemeriksaan kesihatan ibu hamil, kesihatan bayi dan kanak-kanak termasuk suntikan imunisasi berdasarkan jadual imunisasi kebangsaan.

"Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut selain kes kecemasan seperti ibu yang bakal bersalin akan dirujuk ke hospital KKM yang berdekatan," katanya.