Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Saya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat - Jackie Wong

COVID-19: Saya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat - Jackie Wong
Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang sebelum ini disahkan positif virus COVID-19 berada dalam keadaan sihat dan stabil.
SARIKEI: Atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong yang sebelum ini disahkan positif virus COVID-19 berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Perkara tersebut disahkan sendiri Jackie, menerusi status terkini dalam facebook peribadinya.

Jackie, 27 tahun, menulis: “Setakat ini, saya berada dalam keadaan yang stabil dan sihat.”

Pemenang pingat perak Sukan Sea 2019 itu dikuarantin di Hospital Sibu selepas disahkan positif COVID-19 selepas melakukan pemeriksaan pada 14 Mac lalu.
BACA: COVID-19: Ahli Parlimen Sarikei dimasukkan ke Hospital Sibu sebagai PUI


 

Menurut Jackie, beliau kini menerima rawatan dan tahap kesihatannya dipantau secara berkala.
Beliau dipercayai dijangkiti wabak itu ketika melawat bapanya, Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu yang kini sedang dirawat di hospital yang sama, kerana jangkitan tersebut.

“Mengenai ayah saya, keadaan beliau pada hari ini lebih baik berbanding beberapa hari lepas, meskipun masih menggunakan alat sokongan pernafasan.

"Saya juga ingin membuat teguran di sini supaya jangan mengeluarkan atau berkongsi berita-berita yang palsu dan belum disahkan oleh KKM. Anda amat dihargai.Teruskan doa anda untuk ayah saya dan ahli-ahli keluarga saya," katanya.

Untuk rekod, Jackie merupakan pemegang rekod kebangsaan acara baling tukul besi dengan jarak 68.22 meter.

Beliau pernah memecahkan rekod kebangsaan sebanyak empat kali pada tahun lalu ketika beraksi di Kejohanan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Terbuka Korea Selatan dan Kejuaraan Olahraga Asia.



Tag: COVID-19, koronavirus, Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu, Jackie Wong, Atlet baling tukul besi negara, Sarawak, Hospital Sibu



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.