Bekas menteri, yang dikaitkan dengan individu yang disahkan positif COVID-19, mengesahkan dirinya negatif jangkitan itu selepas melakukan ujian dan pengesanan penyakit itu.
Bekas menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memberitahu Bernama, beliau kini menjalani kuarantin di rumah bagi mematuhi prosedur operasi standard pengurusan COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
"Sudah jalani ujian pengesanan, ujian negatif, tetapi menjalani kuarantin sendiri di rumah," katanya dalam jawapan ringkas melalui aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.
"Saya sihat, Alhamdulillah," kata wakil rakyat itu.
Tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang bekas menteri dan timbalan menteri dipercayai kontak rapat dengan kes ke-26 positif COVID-19 dan berhubung langsung dengan orang lain termasuk petugas media, sehingga mencetuskan kekhuatiran dan kemungkinan mereka perlu melakukan saringan kesihatan.
BACA: KKM siasat dua orang kenamaan disyaki dijangkiti COVID-19
Sementara itu, timbalan menteri yang turut dikaitkan dengan perkara itu, berkata beliau telah menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan kesihatan dirinya.
"Saya telah jalani pemeriksaan hari ini di Hospital Sungai Buloh. Keputusan akan diketahui esok," katanya semasa membalas mesej WhatsApp ketika ditanya mengenai keadaan dirinya.
Kedua-dua bekas menteri dan timbalan menteri berkenaan dikatakan menghadiri satu majlis apresiasi dan penghargaan yang diadakan untuk mereka di sebuah hotel di ibu negara pada Khamis lepas, yang turut dihadiri seorang Ahli Lembaga UDA Holdings Berhad (UDA) yang disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan hari ini, UDA memaklumkan individu terbabit kini dikuarantin di sebuah hospital kerajaan selepas pengesahan ujian pengesanan COVID-19 baru-baru ini. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 02 2020
Seorang bekas menteri sahkan beliau bebas daripada jangkitan COVID-19. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Reman bekas setiausaha politik, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dilanjutkan 3 hari
Tempoh reman ke atas seorang bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri dan seorang ahli politik bergelar Datuk Seri dilanjutkan tiga hari lagi.
Harta hanya akan disita jika ada kaitan dengan kesalahan yang disiasat - Jahaberdeen
Penyitaan sesuatu aset tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu melalui proses perundangan.
Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.
Bekas menteri Thailand tubuh parti baharu
Dua bekas pemimpin parti pemerintah Thailand - parti Palang Pracharath (PPRP) telah menubuhkan parti politik baharu - Sarng Anacot Thai, dan berikrar membantu memulihkan ekonomi negara.
Bekas menteri dijangka didakwa esok, Syed Saddiq akui akan hadir ke Mahkamah KL
Bekas menteri itu dijangka berhadapan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Kesiksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.
Peter Anthony dikuarantin, perbicaraan ditangguh 3 Mei depan
Peguam Datuk D Senthinathan memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dikenakan perintah kuarantin selama 10 hari bermula 16 hingga 26 April.
Jenazah Aziz Shamsuddin selamat dikebumikan
Allahyarham Abdul Aziz yang pernah berkhidmat sebagai guru, meninggalkan isteri Puan Sri Rosmawati Abdul Ghaffar, dua anak lelaki serta dua anak perempuan.
Tan Sri Aziz Shamsuddin meninggal dunia
Allahyarham merupakan Menteri Pembangunan Wilayah dan Bandar pada 2004 sehingga 2008, Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Perak serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Rasuah: Bekas setiausaha politik bekas menteri didakwa esok
Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri bakal didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, berhubung kes rasuah melibatkan kira-kira RM5 juta berkaitan tender projek di sebuah kementerian.
Ahli Parlimen Batu Sapi, V K Liew meninggal dunia
Liew sebelum ini menerima rawatan di hospital tersebut kerana jangkitan kuman di paru-paru.