awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sembilan kes baharu, tiada kematian

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/08/2020
09:44 MYT
COVID-19: Sembilan kes baharu, tiada kematian
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini adalah 213 kes.
Sembilan kes baharu COVID-19 direkodkan, setakat tengah hari ini, membabitkan tujuh kes import dan dua penularan tempatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, pertambahan kes positif itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini telah mencecah 8,985 kes.
Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 213 kes.
"Dua kes penularan dalam negara adalah membabitkan seorang warganegara tempatan daripada Kluster Sivagangga di Kedah manakala seorang lagi melibatkan warga asing daripada Kluster Bukit Tiram di Selangor.
"Sementara tujuh kes import katanya dari India, Jepun, Switzerland, Filipina, Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, tiada kematian akibat COVID-19 dicatatkan, hari ini, dengan jumlah kumulatifnya kekal 125 kes.
Selain itu, beliau berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) mencatatkan tiga kes yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wad, dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 8,647 (96.2 peratus).
Sehingga ini katanya, terdapat dua individu yang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk salah seorang daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Filipina
#Jepun
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#Pakistan
#Switzerland
#UAE
#unit rawatan rapi
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan