awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Semua aktiviti, persidangan, perhimpunan, mesyuarat agung pertubuhan perlu ditunda hingga 30 Jun - ROS

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2020
04:30 MYT
COVID-19: Semua aktiviti, persidangan, perhimpunan, mesyuarat agung pertubuhan perlu ditunda hingga 30 Jun - ROS
Larangan itu adalah terpakai di setiap peringkat pertubuhan termasuk cawangan-cawangan di seluruh negara. - Gambar fail
Semua pertubuhan dilarang daripada mengadakan program, aktiviti, persidangan, perhimpunan dan mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun, selaras dengan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan berikutan penularan jangkitan COVID-19, menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini JPPM berkata sebagai sebuah jabatan kerajaan yang mengawal selia pertubuhan-pertubuhan berdaftar di Malaysia turut terlibat dengan arahan-arahan ini kerana pertubuhan tersebut akan melaksanakan pelbagai program termasuk mesyuarat pertubuhan di pelbagai peringkat.
"Mesyuarat-mesyuarat ini perlu dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing. Walau bagaimanapun, memandangkan situasi penularan COVID-19 ini semakin meruncing ketika ini, maka JPPM memaklumkan bahawa semua pertubuhan adalah DILARANG daripada mengadakanprogram/aktiviti/ persidangan/ perhimpunan/ mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 selaras dengan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, larangan ini adalah terpakai di setiap peringkat pertubuhan termasuk cawangan-cawangan di seluruh negara.
Arahan khas yang dikeluarkan ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa Pendaftar di bawah peruntukan Seksyen 3A, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
"Namun, sekiranya sehingga pada tarikh 30 Jun 2020 wabak COVID-19 masih dalam situasi meruncing maka pertubuhan hendaklah mengemukakan permohonan kepada JPPM untuk pertimbangan bagi perlanjutan tempoh daripada tarikh awal yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu lagi.
Permohonan perlanjutan adalah bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan oleh pertubuhan berdaftar ke atas undang-undang tubuh pertubuhan serta Akta 335.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
#JPPM
#kerajaan
#koronavirus
#mesyuarat agung
#perhimpunan
#persidangan
#Program
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan