Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Senarai berita palsu tular 10.30 pagi, 28 Mei - KKMM

COVID-19: Senarai berita palsu tular 10.30 pagi, 28 Mei - KKMM
Orang ramai diminta tidak menyebarkan perkara yang tidak sahih kerana boleh mengakibatkan situasi panik dalam kalangan masyarakat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi menafikan dakwaan seorang lelaki terbaring di hadapan sebuah kedai di Enterprenuer Park, Kuala Lumpur adalah positif COVID-19 seperti yang tular di media sosial. Beliau menjelaskan individu tersebut sebenarnya telah mengalami serangan jantung, terjatuh dan tidak sedarkan diri dan kini masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

2. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan masyarakat Orang Asli di Bukit Lagong, Selangor kelaparan akibat kekurangan bekalan barangan makanan dalam tempoh PKP. JAKOA menjelaskan bahawa masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut telah tiga kali menerima bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan seperti beras, minyak masak, tepung, garam, gula, teh, susu pekat, sardin dan kicap pada 7 April, 16 April dan 8 Mei 2020. Sehubungan itu, JAKOA turut menafikan pernah memberi kebenaran kepada pihak tertentu untuk meminta dana daripada orang ramai bagi membantu komuniti tersebut yang dikatakan terabai sepanjang PKP.

-- BERNAMA