Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.



1. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim menafikan dakwaan bahawa kawasan Pudu diisytiharkan sebagai kawasan PKPD. Beliau menjelaskan bahawa tindakan PDRM dan ATM mengepung sekitar kawasan Pudu dengan kawat berduri adalah sebagai tindakan mempertingkatkan kawalan pergerakan bagi membolehkan saringan COVID-19 dilaksanakan di kawasan tersebut.



2. Pihak Pengurusan Golden Screen Cinemas (GSC) menafikan gambar kerusi berkulat yang tular dalam media sosial adalah kerusi di panggung wayang milik GSC susulan penutupan operasi sejak PKP dikuatkuasakan. GSC menjelaskan sejak hari pertama PKP dikuatkuasakan, pihaknya memastikan peralatan dalam panggung sentiasa terpelihara dan berfungsi dengan baik demi keselesaan pelanggan apabila PKP ini tamat nanti termasuklah melakukan pemeriksaan pencegahan kulat/kelapuk pada tempat duduk dan premis panggung.



-- BERNAMA