Solat Jumaat di Wilayah-wilayah Persekutuan diteruskan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

“Setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, solat Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk hari ini diteruskan,” tulis kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, ia diteruskan dengan mematuhI garis panduan berikut:

SEMUA YANG ANDA INGIN TAHU BERHUBUNG COVID-19


- Khutbah dipendekkan

-Orang ramai berwuduk di rumah.

- Mereka yang ada simptom COVID-19, tidak perlu hadir solat Jumaat termasuk dalam golongan orang yang sakit.

Malah, jelas beliau pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan cecair pembasmi kuman dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.


Terdahulu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Negeri Perlis (MAIPs) menerusi satu kenyataan mengumumkan solat Jumaat di seluruh negeri Perlis pada hari ini dibatalkan dan digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing selepas mengambil kira situasi semasa akan COVID-19.

Perkara terbabit diputuskan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail semalam.