awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua pegawai Imigresen disyaki langgar SOP pengeluaran pasport ditahan
Sembang dengan chatbot setiap hari undang kemurungan - Kajian AS
Presiden Filipina stabil, di bawah pemantauan selepas alami ketidakselesaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: SOP tersusun jamin kejayaan NGO agih bantuan

Astro Awani
Astro Awani
02/04/2020
03:00 MYT
COVID-19: SOP tersusun jamin kejayaan NGO agih bantuan
Mohamed Maliki sambut baik SOP penyaluran sumbangan bantuan kepada kumpulan mudah terjejas disediakan oleh KPWKM.
Prosedur operasi standard (SOP) yang betul dan tersusun menjamin kejayaan agihan bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepanjang tempoh memerangi COVID-19, terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusi Persatuan Gerakan Kemanusian Malaysia (MyHumanitarian), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata semua NGO perlu memahami SOP yang ditetapkan dan mematuhinya sepanjang masa.
"Kami penggerak sukarelawan dan NGO berbesar hati apabila Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengeluarkan SOP penyaluran sumbangan bantuan kepada kumpulan mudah terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan COVID-19.
"Ia seiring pandangan kami kepada Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, yang mendengar saranan kami sebelum ini untuk memastikan kelancaran prosedur penyampaian bantuan kepada masyarakat.
"Kami telah lama bersedia kerana SOP yang disediakan oleh JKM adalah seiring dengan SOP MyHumanitarian yang telah kami gerakkan sejak PKP Fasa Pertama," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, KPWKM menyediakan tujuh SOP untuk dipatuhi NGO yang terbabit dalam penyaluran bantuan kepada kumpulan sasar.
Garis panduan itu bagi melancarkan proses pengurusan sumbangan selain memastikan NGO terbabit mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Antara SOP ialah aktiviti NGO itu mesti berorientasikan kebajikan; mereka perlu menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri sehari sebelum aktiviti penyaluran sumbangan dan hanya barangan kering dan sudah dimasak dibenar untuk disalurkan.
Selain itu, ahli yang terbabit mesti memakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan selain membawa cecair pembasmi kuman tangan ketika aktiviti pengagihan sumbangan.
Anggota NGO juga perlu diperiksa suhu badan dengan mereka yang mempunyai simptom tidak dibenarkan menyertai aktiviti; menjaga jarak sosial dan hanya dihadkan kepada dua anggota selain perlu disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#GERAKAN
#jkm
#kerajaan
#Mohamed Maliki
#MyHumanitarian
#NGO
#Persatuan Gerakan Kemanusian Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan