awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Subkluster baharu Bali, 20 termasuk anggota kesihatan dijangkiti di Kuantan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/04/2020
09:52 MYT
COVID-19: Subkluster baharu Bali, 20 termasuk anggota kesihatan dijangkiti di Kuantan
Noor Hisham berkata kluster PUI Bali di Kuantan adalah satu kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan. - Gambar fail.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti dua subkluster COVID-19 saling berkaitan di Kuantan hasil aktiviti tertumpu yang telah dijalankan melalui pengesanan, penyaringan dan ujian ke atas kumpulan sasar yang berisiko tinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster individu dalam siasatan (PUI) Bali di Kuantan adalah satu kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan dari sebuah pusat perubatan di Kuantan.
Ujarnya, sehingga hari ini, 20 orang telah dikenal pasti di dalam kluster ini, iaitu 14 orang sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Pahang; dua orang telah sembuh; tiga orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala seorang telah meninggal dunia iaitu kes ke-1,575.
"Kes indeks iaitu kes ke-4,684 bagi kluster ini mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia.
"Beliau kemudiannya mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1,575 iaitu abang kepada kes indeks. Kes ke-1,575 kemudiannya telah menjangkiti tujuh kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga.
"Terdapat 339 kontak rapat telah dikenal pasti dan ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, termasuk 202 anggota kesihatan," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini pada Isnin.
Malah, ujarnya daripada keseluruhan jumlah tersebut, terdapat tiga anggota kesihatan yang terlibat dalam kluster ini.
Topic Berkaitan
#Bali
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Indonesia
#KKM
#Kluster baharu
#Kluster Person Under Investigation Bali
#kontak rapat
#Kuantan
#PUI
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan