announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Sukar tentukan punca kematian - Dr Noor Hisham

COVID-19: Sukar tentukan punca kematian - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian ketika ini sedang melihat kembali perkara tersebut sebelum mengemaskini data kematian pesakit.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sukar untuk menentukan punca kematian pesakit sama ada ia disebabkan oleh COVID-19 atau komplikasi jangkitan virus tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian ketika ini sedang melihat kembali perkara tersebut sebelum mengemaskini data kematian pesakit.

"Contohnya, ialah penyakit positif COVID-19 positif, tetapi virus itu mungkin dah sampai ke jantung dan menyebabkan pembekuan darah di jantung, dan meninggal sebagai sakit jantung.

"Jadi, sekarang ini meninggal dunia (akibat) sakit jantung atau disebabkan COVID-19.

"Jadi, kita ada kerumitan untuk melihat kepada punca kematian, tetapi yang pastinya kalau mangsa COVID-19, tetapi dia membunuh diri..  itu kita boleh asingkan.

"Atau dia (pesakit) COVID-19 terlibat dalam kemalangan jalan raya, jadi kes kematian adalah disebabkan kemalangan jalan raya," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.

Terdahulu, dalam sidang media sama Dr Noor Hisham memaklumkan satu lagi kes kematian baharu berkaitan COVID-19 direkodkan di negara ini, menjadikan  jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 117 kes.



Tag: Dr Noor Hisham Abdullah, Media, KKM, meninggal dunia, kesihatan, COVID-19, coronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.