awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Surau Al-Jannah, Shah Alam diarah tutup

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2020
07:32 MYT
COVID-19: Surau Al-Jannah, Shah Alam diarah tutup
Menurut Mohd Shahzihan, langkah itu diambil susulan salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 berkaitan Kluster Sivagangga. - Foto Astro AWANI
Semua operasi surau termasuk solat fardu Jumaat, solat fardu lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan di surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta.
Turut diarah tutup adalah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang beroperasi di surau tersebut.
Menurut Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, langkah itu diambil susulan salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 berkaitan Kluster Sivagangga.
"Hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardu di solat berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
 JAIS juga telah mengarahkan seluruh kawasan surau dan sekolah itu disanitasi serta merta. - Foto Astro AWANI
JAIS juga telah mengarahkan seluruh kawasan surau dan sekolah itu disanitasi serta merta. - Foto Astro AWANI
Mohd Shahzihan menambah, surau itu hanya boleh beroperasi semula selepas mendapat kebenaran JAIS.
Dalam pada itu katanya, jawatankuasa surau juga perlu memastikan individu berkenaan menjalankan saringan COVID-19 dan melaporkan keputusan itu kepada JAIS.
Katanya, JAIS juga telah mengarahkan seluruh kawasan surau dan sekolah itu disanitasi serta merta.
"Kita juga mengarahkan jawatankuasa surau untuk sentiasa memantau rapat perkara ini dan mengingatkan para jemaah dan ahli kariah untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#diarah tutup
#JAIS
#KAFA
#Kluster Sivagangga
#Mohd Shahzihan
#shah alam
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan