Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Tahap kesihatan awam Malaysia pada tahap mantap

COVID-19: Tahap kesihatan awam Malaysia pada tahap mantap
Terdahulu, dalam sidang media sama Dr Noor Hisham memakumkan tiada sebarang kes kematian direkodkan, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Tahap kesihatan awam di Malaysia setakat ini berada pada tahap yang mantap, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelas beliau, keupayaan tersebut membolehkan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan aktiviti pencegahan dan pengesanan kes jangkitan COVID-19 dengan baik.

Katanya, ia sekali gus dapat mengelakkan penularan dan peningkatan kes yang ketara di negara ini.

BACA: COVID-19: 30 kes baharu, 95 kes pulih dan tiada kematian
“Kalau kita lihat kepada hospital pun, penggunaan katil-katil sudah berkurangan, di mana penggunaan katil COVID-19 kurang 15 peratus, (pesakit yang dirawat di) Unit Rawatan Rapi (ICU) pasa masa dulu lebih 100 pesakit, tetapi sekarang ini hanya ada sembilan pesakit dan mereka yang memerlukan bantuan pernafasan adalah dua orang.

“Tetapi disebabkan tindakan kesihatan awam kita mantap dan kita sudah pertingkatkan keupayaan mereka untuk mengesan dan melakukan ujian, kita dapat mengawal dan mencegah COVID-19,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.
Terdahulu, dalam sidang media sama Dr Noor Hisham memakumkan tiada sebarang kes kematian direkodkan, hari ini.

Ia sekali gus menyaksikan tujuh hari berturut-turut negara ini tidak mencatatkan sebarang kes kematian akibat COVID-19.


Tag: Noor Hisham Abdullah, Dr Noor Hisham Abdullah, Media, Hospital, ICU, kesihatan, koronavirus, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.