TELAH 'berbuih mulut' pihak berkuasa menasihati rakyat agar duduk di rumah dan tidak kurang juga ada yang telah didakwa di mahkamah kerana ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih ramai yang degil dan bersikap keras kepala.
Ahad lalu sahaja seramai 828 individu ditahan dalam rondaan dan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa, menunjukkan masih ramai yang bersikap tegar untuk mematuhi arahan mudah kerajaan untuk mengelakkan krisis COVID-19 ini terus berpanjangan.
Pelbagai alasan tidak munasabah diberikan termasuk ingin meminjam rokok dari rakan, keluar membeli makanan (walaupun jauh dari kawasan rumah), mengail, dan tidak kurang juga keluar beriadah dengan berjoging menyebabkan pihak berkuasa 'tepuk dahi' dengan sikap segelintir rakyat Malaysia ini.
Tanpa disedari sikap degil inilah menyebabkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan penyakit COVID-19 berdepan jalan sukar dan sehingga semalam, virus itu telah mengorbankan 37 orang dengan kumulatif kes positif 2,626 kes.
Ia memaksa kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas termasuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan zon merah yang dikenal pasti mempunyai bilangan kes positif yang tinggi.
Terbaharu iaitu kawasan ketiga yang dikenakan perintah itu malam tadi adalah Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, kerana dikesan mempunyai 17 kes positif jangkitan COVID-19.
Sebelum ini Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor dan kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor juga telah dikenakan tindakan yang sama.
Hari ini telah masuk hari ke-14 pelaksanaan PKP, namun bilangan kes positif yang masih tinggi menyebabkan kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan lagi peraturan menjelang fasa kedua pelaksanaan PKP pada 1 April ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata bermula Rabu ini semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian termasuk pasar raya serta stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 8.00 malam.
Gerai dan restoran serta perkhidmatan penghantaran makanan juga perlu beroperasi pada waktu yang sama dalam tempoh fasa kedua itu, malah waktu operasi kenderaan juga akan dikawal.
Ini semua terpaksa dilakukan demi kebaikan rakyat Malaysia sendiri dan untuk membendung ledakan gelombang ketiga COVID-19 ekoran sikap tidak acuh segelintir rakyat negara ini.
Sebagai persiapan untuk menghadapi gelombang ketiga itu juga, kerajaan telah menyediakan pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan mendadak jangkitan itu.- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 31 2020
Kerajaan terpaksa mengetatkan lagi peraturan menjelang fasa kedua pelaksanaan PKP pada 1 April ini. - Gambar BERNAMA
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang dijangka sekitar jam 2 petang pada Rabu.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.