awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tempoh tawaran PATI tampil sukarela berakhir, kerajaan kembali 'buru'

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
31/05/2020
09:22 MYT
COVID-19: Tempoh tawaran PATI tampil sukarela berakhir, kerajaan kembali 'buru'
ISMAIL SABRI: Mereka yang positif akan dihantar ke hospital khas di MAEPS, sementara yang disahkan negatif akan dihantar pulang ke negara masing-masing. - Gambar fail/BERNAMA
Tiada istilah pengampunan diberikan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI), sebaliknya kerajaan memberikan kebenaran untuk kumpulan tersebut tampil menjalankan ujian saringan COVID-19 tanpa sebarang dokumen.
Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh tawaran tersebut telah pun berakhir.
Sehubungan itu, kerajaan kembali menggunakan pendekatan 'memburu' PATI bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dikekang di negara ini.
"Saya sendiri sewaktu sidang media mengumumkan supaya mereka dibenarkan tanpa dokumen untuk membuat sairngan tetapi tidak ada yang PATI yang keluar ketika itu dan seterusnya.
"Jadi, itu tawaran bukan pengampunan tapi tawaran untuk memeriksa mereka tanpa dokumen, itu kita kira telah tamat. Jadi tindakan Jabatan Imigresen adalah mencari PATI-PATI seperti biasa.
"Gerakan seperti mencari dan menangkap diteruskan," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.
Jelas beliau, PATI yang ditangkap akan ditempatkan di depoh tahanan dan menjalani ujian saringan COVID-19.
Mereka yang positif, kata Ismail Sabri akan dihantar ke hospital khas di Taman Pertanian Agro Malaysia Serdang (MAEPS), sementara yang disahkan negatif akan dihantar pulang ke negara masing-masing.
Topic Berkaitan
#buru
#COVID-19
#Depoh tahanan
#Hospital
#Imigresen
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#Maeps
#Media
#pati
#pendatang asing tanpa izin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan