awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Abu Bakar Hamzah angkat sumpah Menteri Besar Perlis yang baharu
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland langgar undang-undang antarabangsa - Presiden Somalia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiada kematian, 94 kes positif baharu

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/04/2020
09:03 MYT
COVID-19: Tiada kematian, 94 kes positif baharu
Menurut Dr Noor Hisham, terdapat 94 lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan di negara ini, setakat Rabu.
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan tiada pertambahan kes kematian baharu, sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif kematian di negara ini kekal 100 kematian atau 1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, seramai 55 pesakit telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 adalah sebanyak 4,087 kes (68.75 peratus).
Bagaimanapun, jelas beliau, terdapat 94 lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan di negara ini, setakat Rabu.
“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes.
“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,758 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau berkata daripada 94 jumlah kes baharu itu, 72 merupakan kes import melibatkan rakyat negara ini dan pelajar yang pulang dari Indonesia.
“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 22 kes sahaja. Sehingga kini, seramai 40 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#Indonesia
#kematian
#Kementerian Kesihatan
#kes baharu
#kes import
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan