Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19 tidak kira bangsa, agama - Hamzah

COVID-19 tidak kira bangsa, agama - Hamzah
Hamzah memaklumkan jika didapati ada yang masih ingkar dan mengeluarkan kenyataan di media sosial yang boleh mengancam perpaduan kaum, pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang tegas. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR : COVID-19 tidak mengenal bangsa mahupun agama apabila menjangkiti seseorang individu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Oleh itu, beliau berkata rakyat Malaysia harus bekerjasama dan berganding bahu dalam memerangi virus bahaya itu tanpa memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.

“Sama ada Melayu, Cina, India, atau jika kamu pangkat besar ke, pangkat bawah ke, sesiapa sahaja kalau kena, dia akan menyebabkan bersangkut paut dan menjadi satu isu yang besar.

“Maka, jangan ada sesiapa yang membuat berita-berita yang boleh memecah-belahkan perpaduan kaum yang ada dalam negara,” kata Hamzah pada satu sidang media Ketua Polis Negara di Bukit Aman pada Selasa.
Hamzah memaklumkan jika didapati ada yang masih ingkar dan mengeluarkan kenyataan di media sosial yang boleh mengancam perpaduan kaum, pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang tegas.

Perkara ini juga seiring dengan Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang akan diperketatkan bermula 1 April 2020.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumum agar melanjutkan PKP ke Fasa Kedua sehingga 14 April 2020.

PKP telah bermula berkuatkuasa selama 14 hari bermula 18 Mac 2020 lalu.

Malaysia mencatatkan 43 kematian dan 2,766 jumlah kumulatif positif COVID-19 di dalam negara  sejak tengah hari Isnin.



Tag: Hamzah Zainudin, Ketua Polis Negara, Hamid Bador, Polis, IGP, PKP, perpaduan, Melayu, Cina, India, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.