awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiga kes baharu, tiada kematian - Dr Noor Hisham

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/06/2020
09:56 MYT
COVID-19: Tiga kes baharu, tiada kematian - Dr Noor Hisham
COVID-19: Tiga kes baharu, tiada kematian direkodkan pada Isnin, kata Dr Noor Hisham. -Gambar fail
Bilangan kes baharu harian COVID-19 kembali ke satu angka iaitu tiga kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat 29 Jun adalah 8,637 kes dengan kes kebolehjangkitan aktif sebanyak 182 kes.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat sebanyak 16 kes COVID-19 yang telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh sebanyak 8,334 kes.
“Daripada tiga kes baharu yang dilaporkan, terdapat satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan warganegara Malaysia.
“Dua lagi kes terdiri adalah penularan di dalam negara dengan satu kes di Selangor dikesan ketika prosedur rawatan, manakala satu lagi di Sabah ketika saringan di tempat kerja iaitu sebuah pasar di Sandakan," katanya ketika sidang media harian di Putrajaya pada Isnin.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia tidak melaporkan sebarang kes kematian setakat Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia kekal pada 121 kes.
Sehingga kini, sebanyak kes positif COVID-19 yang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#baharu
#COVID-19
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#harian
#ICU
#Kes
#kesihatan
#KKM
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan