awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
Inisitaif MySTEP diteruskan pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID19: Sumbangan kelengkapan perubatan oleh Yayasan Jack Ma dan Alibaba tiba di Malaysia

Bernama
Bernama
26/03/2020
13:51 MYT
COVID19:  Sumbangan kelengkapan perubatan oleh Yayasan Jack Ma dan Alibaba tiba di Malaysia
Sumbangan Yayasan Jack Ma dan Alibaba adalah untuk negara Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.
Dua penerbangan kargo membawa sumbangan kelengkapan perubatan daripada Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba bagi membantu negara dalam memerangi penularan COVID-19, tiba di Malaysia, semalam.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, pesawat Malaysia Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan membawa penutup mulut dan hidung, kit ujian, kelengkapan perlindungan diri untuk badan dan muka.
"Bekalan tersebut juga akan diedarkan kepada tiga negara Asia Tenggara lain bagi memerangi virus itu," menurut akaun Twitter rasmi MAHB, @MY_Airports, hari ini.
Sejak tercetus wabak COVID-19, MAHB berkata, KLIA memainkan peranan penting dalam penyampaian dan pengedaran barang e-dagang dan bekalan perubatan kepada pelbagai negara di rantau ini.
"Pengedaran ke negara lain mempergunakan keupayaan logistik merentas sempadan dalam hab Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) yang pertama di dunia," menurut pengendali KLIA itu. - BERNAMA
BACA: Yayasan Jack Ma dan Alibaba umum sumbangan kepada empat negara Asia Tenggara
Topic Berkaitan
#COVID19
#kelengkapan perubatan
#Yayasan Alibaba
#Yayasan Jack Ma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan