awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca buruk, banjir kilat ragut 3 nyawa di Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2017
04:24 MYT
Cuaca buruk, banjir kilat ragut 3 nyawa di Pulau Pinang
Di bahagianPulau, dua warga emas ditemui lemas di dalam rumah mereka di dua lokasi berasingan iaitu di Kampung Masjid dan Jalan P Ramlee. - Foto JBPM
Cuaca buruk dan banjir kilat yang melanda Pulau Pinang sejak semalam telah meragut tiga nyawa.
Dalam kejadian pertama, seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas kediamannya di Kampung Perlis, Jalan Assumption, Butterworth dihempap pokok besar yang tumbang akibat angin kuat malam tadi.
Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan, mangsa yang masih belum dikenal dentitinya ditemui dibawah rimbunan pokok yang tumbang dan disahkan telah meninggal dunia.
Sementara itu, di bahagian Pulau, dua warga emas ditemui lemas di dalam rumah mereka di dua lokasi berasingan iaitu di Kampung Masjid dan Jalan P Ramlee.
Komander Operasi Kanan Zon 1 Negeri, Andul Rahman Norudin berkata, mangsa pertama adalah seorang wanita berusia 80-an yang ditemui pada jam 6.30 pagi di sebuah rumah orang tua di Jalan P Ramlee.
Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam rumah sebelum dibawa keluar untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, mangsa kedua pula seorang lelaki dalam lingkungan 70-an ditemui terapung di dalam rumahnya di Kampung Masjid, Jalan Perak kira-kira jam 8.30 pagi.
Hasil pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia.
Mayat kedua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Topic Berkaitan
#banjir
#lemas
#mangsa
#mayat
#meninggal dunia
#pulau pinang
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan