Beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia bakal berhadapan cuaca panas dan kering sepanjang Ogos sehingga pertengahan September ini, demikian menurut laporan dalam laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut laporan tersebut, fenomena itu berlaku akibat fasa monsun Barat Daya yang mendominasi keadaan cuaca negara sepanjang tempoh berkenaan.
"Sepanjang Ogos, kebanyakan tempat di Semenanjung akan menerima hujan pada paras normal dengan jumlah 150mm hingga 250mm kecuali di beberapa tempat di Perak (tengah hingga selatan), Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras normal antara 100mm dan 150mm.
"Namun hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang boleh berlaku di kawasan perairan pantai barat Semenanjung Malaysia pada awal pagi berikutan pembentukan garis badai yang dikenali sebagai 'Sumatras'," menurut laporan itu.
Pada September, kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka menerima jumlah hujan pada paras normal antara 150mm dan 250mm.
Menurut laporan tersebut, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung Malaysia dijangka menerima hujan antara 250mm dan 350mm.
Bagi Oktober pula, fenomena fasa peralihan monsun diramalkan bermula dengan keadaan cuaca lembab dengan hujan dan ribut petir serta angin kencang dijangka berlaku pada lewat petang dan awal malam terutama di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.
"Fenomena ini akan menyaksikan beberapa tempat di Semenanjung seperti Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, pedalaman Kelantan dan Pahang dijangka menerima taburan hujan melebihi paras normal 400mm," katanya.
Ramalan itu juga merekodkan beberapa siri hujan lebat menyeluruh diramalkan berlaku terutama di negeri pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak bermula November hingga Mac 2019 akibat Monsun Timur Laut yang secara konsisten membawa angin dari timur laut dengan kelajuan antara 10 dan 20km sejam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 13 2018
Fenomena itu berlaku akibat fasa monsun Barat Daya yang mendominasi keadaan cuaca negara sepanjang tempoh berkenaan.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
413 mangsa banjir berada di tiga PPS di Sarawak
PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 186 orang.
Faktor cuaca punca demam denggi meningkat 407.7 peratus di Ipoh
MBI mencatatkan peningkatan dengan 330 kes dilaporkan sehingga 20 Januari lalu (Minggu Epid:3/2024).
Luruan monsun dijangka sehingga Isnin, hujan berterusan di timur Semenanjung
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.
PRK Kemaman: 42 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Sebanyak 42 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi setakat 1 tengah hari ini.
Ramalan hujan, ribut petir dalam tempoh lebih panjang di utara Semenanjung
Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan utara Selat Melaka sehingga esok dan luruan monsun lemah sehingga Khamis ini.
PRK Jepak: Cuaca diramal cerah pada hari penamaan calon esok
Keadaan cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak esok, diramal cerah pada sebelah pagi.
Fenomena El Nino dijangka lebih ekstrem susulan pemanasan global - Nik Nazmi
Lazimnya El Nino yang berintensiti kuat akan memberi impak terhadap corak cuaca terutamanya ketika fasa akhir Monsun Timur Laut dan musim selepasnya.
Cuaca tidak menentu, penyakit padi antara faktor bekalan beras tempatan terganggu
Cuaca tidak menentu dan penyakit padi sepanjang musim tuaian yang lepas iaitu antara April sehingga Ogos, menyebabkan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran sedikit 'terganggu' di pasaran.
PRK Johor: Peratusan keluar mengundi rendah di Pulai kerana cuaca - SPR
Bilangan pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada PRK Parlimen Pulai agak rendah berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
PRN: Cuaca cerah di kebanyakan lokasi pusat pengundian awal pagi ini
Cuaca pagi ini rata-rata dilaporkan cerah dan baik di kebanyakan lokasi pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.