Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Cuaca kering dijangka kembali

Cuaca kering dijangka kembali
Orang ramai supaya menjimatkan penggunaan air. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Keadaan cuaca agak kering dijangka kembali dan hanya akan beransur-ansur reda bermula akhir Mac 2020, demikian menurut Jabatan Meteorologi.

Jabatan itu dalam kenyataan pada Jumaat berkata walaupun beberapa hari lepas hujan telah turun di kawasan-kawasan yang mengalami keadaan kering di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak, namun keadaan lembap itu adalah sementara sahaja.

"Negara kini masih berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2020.

"Dalam tempoh ini, selain Sarawak, biasanya taburan hujan adalah agak rendah di seluruh negara terutamanya di utara Semenanjung," katanya.
Memandangkan jangkaan keadaan cuaca yang agak kering, jabatan itu menasihatkan orang ramai supaya menjimatkan penggunaan air.

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka, mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar dan minum air secukupnya," katanya.
Jabatan Meteorologi berkata tempoh peralihan monsun yang bermula pada akhir Mac dijangka membawa lebih banyak hujan ke seluruh negara.

Orang ramai boleh memperolehi maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi jabatan itu melalui aplikasi myCuaca dan laman media sosial MET Malaysia.

-- BERNAMA


Tag: cuaca kering, jabatan meteorologi, perlis, kedah, pulau pinang, keadaan lembap, monsur timur laut, met malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.