awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca lembap dijangka berterusan sehingga hujung Julai - MetMalaysia

Bernama
Bernama
13/07/2020
13:20 MYT
Cuaca lembap dijangka berterusan sehingga hujung Julai - MetMalaysia
MetMalaysia meminta penduduk di kawasan rendah yang biasa dinaiki air, untuk lebih berwaspada sekiranya berlaku hujan lebat. -Gambar fail
Negara akan mengalami keadaan cuaca lembap dari semasa ke semasa dan dijangka berterusan sehingga hujung Julai ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon.
Beliau memberitahu Bernama, jangkaan itu adalah berdasarkan intensiti Monsun Barat Daya tahun ini yang dikesan lemah berbanding biasa, dan menyebabkan cuaca lembap berlaku pada bulan Jun dan Julai yang kebiasaannya kurang hujan.
Mengenai keadaan cuaca semasa, hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan Jailan berkata, ia adalah akibat daripada penumpuan angin Tenggara dan angin Barat Daya di selatan Semenanjung serta angin Barat Daya dan angin Barat Laut di utara Semenanjung.
"Keadaan ini juga berlaku serentak dengan air pasang yang sejak awal pagi tadi. Bagaimanapun, cuaca lembap itu dijangka berkurangan menjelang lewat petang ini," jelasnya.
Dalam pada itu beliau berkata, kawasan pesisir pantai barat Semenanjung berpotensi berlaku hujan lebat serta ribut petir (garis badai), pada awal pagi akibat daripada penumpuan angin barat daya.
Pada sebelah petang pula, keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di kawasan pedalaman negeri Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.
MetMalaysia meminta penduduk di kawasan rendah yang biasa dinaiki air, untuk lebih berwaspada sekiranya berlaku hujan lebat, serta menyimpan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat dan mudah diambil, sekiranya berlaku bencana dan segera berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan apabila diarahkan.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan cuaca dan amaran cuaca, orang ramai boleh melayari laman web rasmi dan media sosial rasmi MetMalaysia atau melalui talian 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Media
#media sosial
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan