Fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat negara dan negeri Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.
"Lazimnya, ketika fasa akhir monsun timur laut ini, memang akan berlaku kenaikan suhu ekoran kekurangan hujan yang mana suhu yang dicatatkan sekarang adalah 34 hingga 36 darjah Celcius berbanding suhu biasa 32 hingga 34 darjah Celcius.
"Negeri di bahagian utara iaitu Perlis, Kedah dan di bahagian utara Perak mencatatkan suhu sehingga 37 darjah Celcius.
"Bagaimanapun, ia tidak berlaku setiap hari dan setakat ini kita tidak nampak (jangka) ia (suhu) akan sampai hingga 40 darjah Celcius di negeri-negeri tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Hisham berkata bagaimanapun fenomena cuaca panas itu tidak berlaku di negeri-negeri pantai timur dan Sarawak.
Mohd Hisham berkata taburan hujan yang dicatatkan di kebanyakan negeri yang terlibat pada bulan ini adalah rendah berbanding bulan lain.
"Bulan Februari ini memang taburan hujan yang dicatatkan sangat rendah terutamanya di negeri utara yang mana ada tempat yang langsung tidak menerima hujan. Kebanyakan negeri di utara mencatatkan hujan di bawah 50 milimeter (mm) dengan bilangan hari hujan yang dicatatkan hanyalah lima hari sebulan.
"Stesen Meteorologi Chuping sudah 27 hari tidak merekodkan hujan. Biasanya hujan yang dicatatkan adalah purata 15 hari sebulan. Di Lembah Klang pula purata hujan yang dicatatkan bulan ini adalah 150mm berbanding 300mm pada bulan lain," katanya.
Mohd Hisham berkata suhu tinggi berlaku sekitar 2 hingga 4 petang di negeri barat manakala di Sabah adalah sekitar 1 tengah hari hingga 3 petang.
"Bagaimanapun, cuaca panas ini dijangka akan berakhir pada pertengahan peralihan monsun iaitu sekitar hujung Mac hingga Mei kerana ketika peralihan monsun, kadar hujan dijangka meningkat dan suhu dijangka beransur menurun," katanya.
Ditanya sama ada cuaca panas terjadi berikutan fenomena El Nino, Mohd Hisham berkata fenomena itu tidak memberi impak yang signifikan kepada cuaca negara ketika ini.
"Sekarang ini adalah proses pembentukan El Nino. Bagaimanapun, El Nino yang dijangka berlaku adalah agak lemah dan kebarangkalian terjadi adalah 65 peratus. Impaknya kepada negara tidak signifikan kecuali di Sabah kerana negeri itu terletak berhampiran dengan Lautan Pasifik yang mana El Nino berlaku berikutan pemanasan suhu di Lautan Pasifik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 15 2019
Jabatan Meteorologi tidak menjangkakan cuaca panas di Perlis, Kedah dan utara Perak akan mencapai hingga 40 darjah Celcius. - Gambar hiasan
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Cuaca panas: JBS Kelantan tiada masalah anjur Program Larian Lebaran
Kedua-dua acara dimulakan seawal 7.30 pagi dan dijangka berakhir dalam tempoh sejam bertempat di AEON Mall Lembah Sireh.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Penyakit bawaan air merebak di Gaza susulan cuaca panas dan air tercemar - PBB
Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A.
MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap satu di 14 kawasan
Amaran tahap berjaga-jaga di keluarkan apabila suhu maksimum harian cecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Melaka siap siaga hadapi peralihan monsun - Exco
Kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Melaka.
Tiga LRA di Papar kini hasilkan 58 juta liter sehari air terawat - Armizan
Tiga Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Papar telah mampu menghasilkan 58 juta liter sehari (MLD) air terawat bermula 10 malam tadi.
Masyarakat jangan ambil mudah strok haba - Pakar kesihatan
Masyarakat diminta sentiasa peka dan tidak mengambil mudah dengan risiko strok haba berikutan fenomena El-Nino yang boleh membawa maut.