Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza perlu bertanya kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bila hendak ke Gaza Palestin dan membantu rakyat di sana.
Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, Siti Nurhaliza harus tahu, pihaknya sendiri sudah beberapa kali dan sememangnya berani ke Gaza Palestin dalam misi menghulur bantuan.
"Khas buat Siti Nurhaliza yang komen mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergilah ke Gaza Palestin.
"Untuk maklumat Siti Nurhaliza, Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Gaza Palestin. Cuba tanya bila Datuk K hendak ke Gaza Palestin?" soalnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
BACA: Doa Siti dan Datuk K
Armand turut memuat naik video 3 minit 54 saat di laman YouTube yang menunjukkan bukti Pemuda UMNO sudah ke Gaza Palestin dalam misi menghulurkan bantuan.
Selain itu, Armand turut memuat naik gambar-gambarnya bersama Pemuda UMNO di Gaza Palestin pada laman Facebooknya.
Armand mengulas komen Siti Nurhaliza di laman Instagram @yasinsulaiman mengenai gambar kekecohan yang berlaku antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) dan Pemuda UMNO.
Ia dikatakan bermula selepas sekumpulan anggota Armada menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.
Ia bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda UMNO.
Laporan media melaporkan dalam kejadian itu, Ketua Penerangan Armada Bersatu, Ashraf Mustaqim mendakwa dia turut ditumbuk.
Dalam pada itu, mengulas kekecohan berkenaan Ketua Armada, Syed Syaddiq Abdul Rahman menyatakan rasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahlinya.
Bagaimanapun, Pemuda UMNO Wilayah menuntut Armada mengemukakan bukti dakwaan ditumbuk selain menjelaskan pihaknya sedia untuk memohon maaf jika kejadian itu benar-benar berlaku.
Wan Syamsul Amly
Thu Jul 27 2017
ARMAND: Datuk Siti Nurhaliza perlu bertanya kepada Datuk K bila hendak ke Palestin dan membantu rakyat di sana. - Gambar fail
Firdaus Wong lapor polis ugutan bunuh, pukul dan fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Kerajaan dan BNM ambil langkah segera perkukuh nilai ringgit
Pelbagai langkah segera bagi memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur, sudah dan sedang diambil kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM).
Kerajaan perlu sentiasa semak peruntukan sedia ada selari dengan perkembangan teknologi
Kerajaan perlu sentiasa menyemak peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengukuhkan lagi penguatkuasaan demi kedaulatan digital Malaysia supaya ia selari dengan perkembangan teknologi.
Pelaburan digital negara meningkat 54 peratus
Pelaburan disumbangkan 256 syarikat dan 53 peratus daripada angka itu diwakili kluster teknologi maklumat, perkhidmatan perniagaan global (26 peratus), pusat data dan awan (13 peratus) serta teknologi dan kandungan kreatif (lapan peratus).
Why the Rohingya are being treated the way they are?
Rows and rows of neatly set blocks of two-roomed tenements line the eastern corner of Bhasan Char, a 40-sq km sand-bar island off the coast of Bangladesh on the Bay of Bengal within Bangladesh’s territorial waters.
Women cradle their babies in the narrow and cramped balconies of this sprawling mass of concrete while the men idly wander about this bleak island colony that is now home to about 20,000 Rohingya refugees, relocated a few years ago when the settlements in Bangladesh’s Cox’s Bazar began to get over-populated.
Women cradle their babies in the narrow and cramped balconies of this sprawling mass of concrete while the men idly wander about this bleak island colony that is now home to about 20,000 Rohingya refugees, relocated a few years ago when the settlements in Bangladesh’s Cox’s Bazar began to get over-populated.
Petronas setuju saranan DPMM, tubuh konsoritum pemain solar
Anak syarikat Petronas, Gentari Sdn Bhd (gentari), bersetuju dengan saranan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bagi mewujudkan konsortium terdiri daripada pemain industri solar berkelayakan untuk diberi kontrak pada masa depan.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
Jualan sebanyak RM 1.6 Juta dijangka
Program jualan Madani Raya (PJMR) 2024 dijangka mencatat jualan RM1.6 juta sepanjang 33 hari program tersebut berlangsung.
Dalam tempoh dua minggu sahaja, PJMR mencapai jualan sebanyak RM415,800 sehingga 22 Mac dengan 44,212 pengunjung.
Dalam tempoh dua minggu sahaja, PJMR mencapai jualan sebanyak RM415,800 sehingga 22 Mac dengan 44,212 pengunjung.
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Syed Saddiq sahkan tidak sertai parti Pejuang
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir dakwa kerajaan guna SPRM beri tekanan kepada pembangkang
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digunakan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pihak pembangkang.
Kalau itu duit haram, kenapa saya perlu buat laporan polis? - Syed Saddiq
Syed Saddiq sudah arahkan pegawainya buat laporan polis berhubung fitnah ambil duit parti, serta dikaitkan dengan seorang wanita.
Armada Bersatu tolak gabungan bersama UMNO secara 'en-bloc' - Syed Saddiq
Armada Bersatu Malaysia mengambil pendirian untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri.
'Saya tidak mahu ada konfrontasi' - Syed Saddiq buka mulut isu panjat pagar
Kata Syed Saddiq, jelas sekali dirinya tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal.
Syed Saddiq sedia dicabar pada pemilihan Bersatu
Syed Saddiq secara terbuka berkata, beliau sedia dicabar dalam jawatan berkenaan pada pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pentingnya penyatuan, pendidikan untuk dunia Islam - Syed Saddiq
Tanpa satu suara yang kuat, sukar untuk langkah seterusnya diambil, apatah lagi melaksanakan gerak kerja yang sistematik dan efektif.
Kalah di Tanjung Piai, Semenyih kerana tiada 'pekerja' - Tun Mahathir
Perdana Menteri gesa kikis sikap mementingkan diri sebaliknya memahami bahawa perjuangan parti adalah asas kepada kejayaan.
Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motosikal tidak menghalang beliau untuk kembali merempit di ibu kota.
Senarai penuh Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan
Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.